Sayu : Putus kaki parah dikepala .. Ajal Azroy motosikal bertembung lori sawit

Temerloh : Seorang perkerja Felda Transport maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori yang membawa muatan buah kelapa sawit di Jalan Kampung Pamah Kasih di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi berlaku ketika Mohd. Azroy Sudarlis, 30, dalam perjalanan dari Kampung Charuk Puting di sini menghala ke Temerloh untuk berkerja.

 

“Apabila sampai di tempat kejadian yang merupakan selekoh tajam, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu memasuki ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dikepala dan putus kaki digilis lori terbabit ,” Jasad di Hantar ke Hospital untuk tindakan lanjut.

Mangsa meninggalkan isteri dan anak yang masih kecil pergi nya diperjalanan mencari rezeki buat keluarga dia dijemput ajal dengan tragis. Al fatihah.

Facebook Comments
(Visited 93 times, 1 visits today)
error: Content is protected !!