Rumah Kelahiran P. Ramlee

Rumah Kelahiran P. Ramlee

Rumah kelahiran P.Ramlee yang terletak di Lot 2180 Jalan P Ramlee,Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran Allahyarham. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P.Ramlee bersama sama dengan bapa saudaranya Rejab Bin Husin.

Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya semasa zaman pendudukan Jepun. Walaupun telah dibaiki rumah ini masih lagi dalam bentuk yang asal.

 

Bilik timur P Ramlee

 

Skop pameran terbahagi kepada dua bahagian utama,iaitu menunjukkan ‘living areas’ semasa Allahyarham menduduki rumah tersebut dan riwayat hidup Allahyarham semasa di Pulau Pinang. Pameran adalah meliputi koleksi asal bahan bahan Allahyarham semasa di Pulau Pinang dan pusaka pusaka peninggalan keluarga Allahyarham. Pameran ini terbahagi kepada Bahagian Dalam & Bahagian Luaran.

 

 

 

Selain dipamerkan basikal sezaman yang digemari oleh Allahyarham,pokok pokok asal juga dikekalkan. Masuk adalah percuma.

 

Al Fatihah untuk Allahyarham Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh…

 

Kredit info & foto : Arkib Negara Malaysia / Demi Pulau Pinang

Facebook Comments
(Visited 12 times, 1 visits today)
error: Content is protected !!