Neelofa Buktikan Besarnya Kuasa Sehelai Tudung

 

Walaupun baru-baru ini fesyennya ketika di New York dikecam teruk dan tidak kurang juga ada yang memintanya untuk membuka tudung, pelakon dan pengacara Neelofa tetap dengan pendiriannya untuk terus berhijab.

Menurut Neelofa, banyak perubahan besar dan kejayaan demi kejayaan berlaku sejak dia membuat keputusan untuk bertudung 3 tahun lalu.

 

Siapa sangka, wanita berhijab kini menjadi duta jenama antarabangsa, sekaligus membuka mata dunia tentang kuasa sehelai tudung.

“Ketika di New York untuk MiSK-UNPD Youth Forum baru-baru ini, saya menjadi antara speaker wanita muda bertudung dari negara yang asing bagi mereka dan alhamdulillah imej ini yang membuka mata mereka.

“Kemudian, di Boston pula nanti saya diminta bercakap mengenai jenama tudung saya. Jadi, ini bukti betapa besarnya kuasa sehelai tudung,” katanya kepada Harian Metro.

Namun masih ada lagi netizen diluar sana yang mengkritiknya dan tidak menghargai usahanya untuk membawa imej muslimah ke mata dunia.

“Saya sedih apabila netizen yang mengecam ini langsung tidak menghargai dan melihat usaha dalam memecahkan tembok wanita berhijab di Malaysia menghadiri forum ini.

“Saya cuba mengubah streotaip. Jangan ingat wanita bertudung tidak mampu ke depan. Malangnya apa yang mereka nampak semuanya negatif sehingga mengeluarkan kata-kata kesat dengan penampilan saya waktu itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments
(Visited 138 times, 1 visits today)
error: Content is protected !!