Gelaran Dato’? Ini Komen Neelofa!

 

Pelakon dan pengacara cantik, Neelofa sudah mengecapi kejayaan yang amat hebat sebagai seorang selebriti dan usahawan.

Kejayaannya bukan sahaja di dalam negara tetapi sudah melangkau ke luar negara. Nama Neelofa sudah cukup besar dan dikenali ramai.

Kejayaan perniagaannya juga menjadi inspirasi kepada para artis untuk berniaga. Jenama tudung miliknya Naelofar Hijab amat kukuh dan sentiasa laris di pasaran.

Namun kini ada mengatakan adakah Neelofa sudah boleh diberi pangkat Datuk?

Apabila ditanya tentang hal ini, Neelofa menjelaskan tidak pernah terlintas di kepalanya untuk memburu gelaran Datuk.

Kata Neelofa, dia lebih mengutamakan kualiti kerja dan pencapaian dalam kerjayanya berbanding mengejar gelaran dan pangkat.

Ini komen Neelofa tentang pangkat Datuk:

“Datuk Neelofa? Tidak pernah terfikir pun. Lebih baik saya fokus kepada kerjaya saya dan melaburkan kepada sesuatu yang boleh memberikan nilai kepada diri saya dan orang sekeliling.

“Saya pun ingin tahu apa lagi saya boleh buat selepas ini.

“Buat masa sekarang saya tiada jawapan untuk soalan itu,”

Kejayaan Neelofa semakin diperakui apabila menjadi selebriti sulung Malaysia yang tersenarai antara individu yang berjaya di rantau Asia Tenggara, 30 Under 30 Asia 2017 oleh majalah antarabangsa Forbes.

Popularitinya dalam bidang lakonan dan pengacaraan anak kelahiran  Kelantan juga tidak dinafikan.

Dramanya Suri Hati Mr Pilot meletup-letup. Malah Neelofa juga pernah memenangi anugerah berprestij, Bintang Paling Popular.

Baru-baru ini, sekali lagi Neelofa menjadi perhatian apabila satu-satunya wanita berhijab yang dilantik sebagai duta jenama kosmetik antarabangsa, Lancome.

Untuk pengetahuan, Siti Nurhaliza antara artis yang termuda menerima gelaran Datuk iaitu pada tahun 2006 ketika Siti berumur 27 tahun.

 

Sumber 

Facebook Comments
(Visited 1,512 times, 1 visits today)
error: Content is protected !!