Best ke Penang 3D Trick Art Museum?

APA ITU PENANG 3D TRICK ART MUSEUM?

 

Warga Penang, rancang cuti anda baik-baik. Tambahan pulak sekarang ni jerebu.. Kurangkan aktiviti outdoor. Bagi sesiapa yang rasa nak bawak family, isteri anak-anak jalan-jalan dan bergambar, saya rasa tempat ni agak sesuai di Penang.

Penang 3D Trick Art Museum. Apa tu? Salah satu lagi tempat menarik di Penang yang terletak di alamat 10, Lebuh Penang, Georgetown, Penang. Bangunan 2 tingkat ini terdapat pelbagai jenis gambar-gambar 3D yang besar dan sangat unik serta menarik.

 

Disini staff mereka akan membantu anda untuk mengambil gambar dari sudut yang betul. Tak perlu nak mintak tolong orang amikkan. hehe. Harga tiket pula untuk dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10.

 

Dibuka pada jam 9.00 pagi sampai pukul 6.00 petang (isnin-jumaat) dan 9.00 pagi sampai pukul 8.00 malam (sabtu-ahad). Pesanan saya, kalau nak datang jangan datang waktu puncak, cuti umum macam tu. Confirm mungkin sesak, orang dan kanak-kanak berlari-lari sana sini. Pilih masa sesuai supaya staff dapat melayan kita untuk amik gambar. Tak la jenuh nak kena tunggu turn. hihi

 

Credit Photo : Penang 3D Trick Art Penang.

Facebook Comments
(Visited 12 times, 1 visits today)
error: Content is protected !!